19 December 2010
Akhirnya.. dapat jugak aku tengok cerita ini.. huuu susah juga nak tengok cerita ini.. bukan apa.. ari tu kan aku ada share pasal my team (department) kene conduct training to all related staff..so our bos.. bagi duet.. mulanya.. dorang nak main bowling malam tu.. tapi.. aku tak jadi.. sebab lane penuh.. aku plak tak join sebab aku ade lawan futsal ngan kakak2 ensem..so kiteorang decide nak g tengok wayang ramai2..
Banyak betul tentangan untuk tengok movie bile melibatkan ramai orang ..ramai yang tak setuju nak tengok cerita ini.. huuu aku? tah kenapa tertarik plak nak tengok cerita camni.. sedangkan.. aku kurang tengok cerita melayu kecuali qualitynya hampir sama dengan arwah Jasmin Ahmad ataupun Afdlin Shauki.. 2 producer ni je yang boleh membuatkan aku terasa teruja nak tengok cerita2 mereka.. huuu
Hantu Kak Limah adalah kesinambungan cerita Zombie Kampung Pisang... huu Zombie Kampung Pisang pun aku tak tengok.. tah kenapa aku tertarik plak nak tengok cite ni.. huu mungkin sebab perkhabaran kata cerita ni kelakar giler.. so aku terujalah nak tengok.. lagi satu.. orang kate.. penuh panggung weyh bile tengok cite ni.. ada sorang member aku ni cakap.. dia keluar bila half cerita tu.. aku? huuu lagi la teruja nak tengok dan saksikan sendiri samada cerita tu boring or memang kelakar tahap cipan...berdebar-debar plak bila sampai d-day.. heee
Tayangan bermula pukul 750 pm.. most of the team da sampai.. tinggal tunggu cik Rina dan boifee nye.. hee.. agak lewat kami masuk.. cite da start.. bermula dengan perbincangan kedai kopi.. ade si Awie yang baru pulang dari Singapura kerana mencari rezeki, Johan kawan kepada si Usin..and satu watak yang kelakar dan membuatkan jalan cerita ini kelaka adalah Usin yang dok kat atas kerusi roda akibat kene gilis dengan mesin pemotong padi.. hahaha watak dia sangat kelakar..dia seorang donut yang dulunya penari tarian tradisional..tangan beliau selalu lemah gemalai setiap masa.. huuu
Sebenarnya cerita ni cerita cinta.. percintaan Awie dengan anak Pak Jabit yang bernama Cik Nin.. aku rase ni je yang dia nak tonjolkan.. tapi oleh kerana cerita cinta orang melayu akan di tolak mentah2..maka di campurkan sedikit dengan ceritera persekitaran kampung dan what is happening kat kampung tu.. huuu ada unsur-unsur yang nak ditonjolkan secara tak langsung dalam cerita ini.. tolong menolong dan semangat sepakat membawa berkat.. tak lupe juga.. dalam mengaplikasikan "mengata orang paku serpih..." ngahaha...
Banyak sangat unsur komedi yang tak boleh nak cerite seme.. antara quote yang aku ingat sampai sekarang "ce cite " - cuba cerita, "pelawok" - serapah bomoh siam, "enjit-enjit semut... "- nyanyian Kak Limah... overall cerita ni memang lawak kalau anda jenis yang tak kesah dengan jalan cerita dan kualiti ceria.. kalau nak have fun dan malas nak pk.. silalah tengok cerita ini... Cerita light untuk dinikmati seisi keluarga..
 |
| Adengan Kak Limah join meeting JKKK sangat melucukan.. |
Owh.. komen yang tak berapa nak best.. time aku tengok cite ni.. penuh panggung ngan budak-budak agas - budak budak yang baru nak naik.. sore mereka memenuhi ruang cinema.. ade saja bunyi-bunyian yang di lontarkan.. menghangatkan suasana.. huuu agak annoying.. tapi lantak lah.. aku bayar duet tiket untuk tengok cerita tu.. bukan nak dengar sore mereka memekak.. huu aku pun tergelak sakan.. bila aksi-aksi kelakar yang do tonjolkan.. esp masa Kak Limah join dorang kat mesyuarat JKKK, then dia pelok sorang mamat montel tu.. hahahah aku gelak giler time tu... hahahah
Ape pun.. one of the best malay comedy movie.. sangat mencuit hati.. dekat dengan environment melayu.. cuma boleh dipertingkatkan dengan selitkan unsur-unsur yang bermoral lagi.. contoh.. solat.. baca doa dan selawat time nampak hantu... huuu unsur family.. sebab cite ni banyak berkisar di Kedai Kopi tak de family pun terlibat.. hanya orang-orang yang lepak kedai kopi je yang mempelopori cite ni.. huuu thumb up tok Mamat Khalid... good but boleh diperbaiki lagi.. superb.. :)
Ade plak sambungan cite ni.. at the end of the session ade plak zombie menari-nari ala-ala cite P. Ramlee Pendekar Bujang lapok tu haa.. ishh.. langsung tak kelaka part tu.. semoga cite tu akan lebih berkualiti hendaknyaa.. :)
Pendapat saya.. cerita ini kewl.. hebat.. boleh di buat gelak ketika duka.. tapi before tengok.. kosongkan pemikiran anda.. jangan over judge before tengok sampai habis.. :) heee ni sibuk dok pk cite tu tak sedap.. pasti la sampai ke akhirnya cite tu akan jadi tak sedap.. nutrealkan pemikiran anda.. semoga terhibur.. :)