18 October 2011
Untuk pertama kalinya dalam hidup aku, aku sertai larian sejauh ini.. perghh jadi ada perasaan jakun sikit dalam cite ni.. huu maka.. akan kuceritakan satu persatu.. woahhh.. bersabar yer... huuu permulaannya promotion larian ni di war-warkan oleh collegue aku si Shah...aku teruja pada mulanya.. ye la.. bukan senang nak tengok ade run kat Johor ni.. kalau kat KL berlambak kot.. every week ade je run yang dorang anjurkan.. huhu maka.. aku memang dah cakap dalam hati.. memang aku nak pergi.. test power kononnya.. padahal larian tu sejauh 10km.. lebih kurang macam aku pergi kerja ke Danga Bay.. huuu agak jauh..
Bila aku tengok broucher tu.. aku memang terus nak masuk.. tapi aku terpk plak.. takkan aku nak masuk sorang.. dah tu.. aku cakap ngan Shah.. blast la kat semua staff supaya ramai yang masuk.. jadinya.. dia pun send email tu kat semua.. termasuk kawan-kawan saya.. huuu jadinya Dayah yang mula start ajak semua BFFs dia masuk larian ni.. aku yang memang sejak dari awal nak masuk.. ade orang ajak pulak.. macam orang mengantuk disorangkan bantal.. terus agree.. padahal mase tu da seminggu sebelum pertandingan.. huuu jadinya persediaan yang kami buat pun ala kadar je.. hanya mampu berjogging 2 kali sebelum hari kejadian. huuu maka kesimpulannya 4 orang masuk dan get ready to go for this run.. yeahhaa..
Perjalanan hidup kami pada hari Sabtu lepas adalah seperti dibawah:
- Berkumpul di rumah Liyana/ Kikin pada pukul 645am.. huuu cik Syidah agak merisaukan semua orang sebab semua orang call dia tak angkat.. rupanya bukan dia tak bangun lagi.. dia sedang membersihkan diri katanya.. mandi la weyh... hahahaha
- Aku sempat breakfast kat rumah Yana... huuu da lah tuan rumah tu sedang nyenyak tidur aku dan Yaya datang membawa kebisingan dan kehingaran pagi2.. huu sempat telan telur suku masak 2 biji.. takot badan berat untuk berlari.. huuuu
- Briefing akan di adakan pada pukul 7 pagi di The Zone.. tapi kami sampai agak lambat.. pukul 715am camtu gamaknya.. bila kami sampai.. pergh.. penuh runner2 dengan baju hijau..sedang berlatih..ada seseorang yang menarik perhatian aku pagi-pagi ni.. actually tak perlu pakai baju hijau pun.. boleh pakai baju apa sahaja.. tapi yang penting kene pakai number id.. ce tengok gambo ni dan komen.. huuu
- Sebelum sampai di tempat perhimpunan beramai-ramai, sempat ambil gambar berempat... huhuhu kononnya masih fresh... tengah sibuk ambil gambar ade abang marshall halau kiteorang suruh berkumpul di tempat permulaan
- Briefing tu kami terlepas.. maka.. kami cuma sempat berkumpul beramai-ramai depan Modesto..sempat ambil gambar sebelum pertandingan bermula...ramai juga... ada dalam 500 orang kot.. tu melalui perkiraan kasar lahh
- Larian dimulakan dengan katergori demi kategori... kategori pertama ialah peserta yang terdiri dari ahli-ahli MAH (Malaysia Association of Hotel) label dia start huruf M, lepas kategori tu dia lepaskan kategori student. number siri dorang start huruf S...lepas dari lepaskan mereka tu.. baru la open category.. jadinya dia lepaskan yang ladies dulu... huuu ladies dihadapan.. aku da tanya si Yana.. kita nak lari ke nak jalan je.. dia advice soh lari-lari anak...maka perjalanan pun bermula
- Permulaan yang baik.. aku, Yana dan Yaya berlari seiringan.. terpaksa tinggalkan Syidah.. huhu Shah yang temankan dia pada mulanya.. lepas tu En. Shahril pula temankan dia.. huuu tak jauh lepas tu.. mungkin 1km lebih Yaya dah tertinggal.. bukan niat nak tinggalkan beliau.. tapi aku dan Yana tanak kehabisan tenaga sementara masih ada dan masih boleh lari.. jadi aku dan Yana berlari seiringan tanpa henti ke check point pertama (2.4km)...aku tak sempat ambil gambar time ni.. sebab fokus berlari tu.. woahhh canggeh.. bukit pun aku lari lagi.. sebabnya senang je.. track kiteorang berlatih ada bukit dan jaraknya juga lebih kurang sama 2.4km.. huhuhu
- Perjalanan diteruskan... banyak flyover yang kena daki dan turun.. aku dan Yana dah mula tak larat.. checkpoint pertama aku dah ambil air mineral yang disediakan.. rasa nak minum.. tapi sikit je aku minum dalam 2 teguk sebab tanak badan berat air.. jadi selebihnya aku bawak berjalan/berlari bersamaku.. boleh jadikan beban.. jadinya tangan juga perlu bersenam waktu dan ketika ini.. huuu
- Start check point ke 2 aku da ambil gambar dan bila aku rasa menarik aku ambil gambar lagi.. setiap checkpoint dapat gelang getah.. kaler2.. cantik.. huuuu checkpoint kedua terasa amat jauh.. mane taknya.. dekat dengan umah aku tu ha.. rupanya da 4.9km aku lari.. memang la jauh.. tempat checkpoint adalah berhadapan dengan TNB lama..air kat sini tak sejuk..dapat 100plus.. aku share ngan Yana.. tanak berat katanya.. huu
- Sebelum jumpa dengan checkpoint ke 3 aku ada terserempak dengan sorang untie ni.. rasanya umur dia dah 70+ kot.. tapi still masuk run ni.. memang aku tabik la weyh.. dia inspired aku utk habiskan run tu dengan sepenuh hati.. huu lepas je aku lalu depan dia.. aku sapa dia.. dan aku kata.. "you are so strong... " aku tunjukkan tanda ibu jari...cam nak cakap dia best!
- Perjalanan diteruskan sampai ke MBJB..(checkpoint ke 3 - 6.4km) perghhh kat sini best.. sebab air dia.. pergh.. dalam tin... air isotonik.. dan sangat sejuk dan nyaman.. pergh....sedapnyaa...rasanya nak abiskan setin je.. tapi cam biasa la.. strateginya tamo minum air banyak sebab nanti berat.. satu tin tu share ngan Yana.. tu pun ade buang sikit.. baru teringat nk bawak lari sekali... tapi.. dalam tin for sure la kan tumpah.sudahnya buang sahaja lagi suku.. huuu
- Perjalanan di teruskan..pergh lepas dari Laman Tun Sri Lanang nak naik flyover seterusnya memang sangat mencabar keimanan.. aku da turunkan diri dan graviti.. huuuu wooahhh penatnyaa...tapi usaha tangga kejayaan.. keep on moving..
- Checkpoint sebelum berakhir larian ni ada air starbuck.. rupanya air teh halia.. huhuh oleh sebab sikit je airnya.. so tak share pun air tu sebab kuantiti yang sedikit.. huuu kemanisannya aku tak rasa dah..sebab masa tu matahari dah agak terik.. huuu
- Pengakhiran larian ini sejauh 10km diakhiri dengan gelang yang terakhir.. maka aku dan liyana dapat menghabiskan dalam masa 95 minit.. huwarghh.. untuk beginer rasanya ianya ok..
- Aku kagum dengan kesungguhan cik Syidah untuk menghabiskan larian tersebut dengan berjalan.. huuu dia di eskort.. woahh sangat special
- Larian ni berakhir dengan upacara penyampaian hadiah, kami pun tak dapat ape pun.. cuma dapat sijil sebagai kenang-kenangan.. woahhh huuu
Aku beruntung dan bersyukur sebab di beri tenaga untuk menghabiskan larian ini dengan tiada injured.. begitu juga dengan kawan-kawan lain.. maka.. aku teringin nak masuk lagi.. kalau ada lah.. hehe then da kene start berlari sejak dari sekarang untuk membina stamina.. huuuu
Till Then.. Assalamualaikum.






























0 comments:
Post a Comment