27 February 2012
Balik dari Batam aku dapat perspektif baru yang aku tak pernah fikirkan sebelum ini.. aku selalu fikir aku beruntung ada di Malaysia.. kota dan bandar yang sedang membangun... ya.. aku memang bersyukur hidup di bumi bertuah ini.. tapi tanpa aku sedari aku sebenarnya leka.. leka dengan kesenangan dan kenikmatan yang Allah beri pada aku.. dan aku yakin ramai yang masih terleka dengan dugaan yang diberikan olehNYA..
Bila sampai di sana, keadaan mereka memang tak tumpah macam Malaysia di daerah-daerah yang hendak membangun.. rasa macam bandar kecil seperti Pontian.. tapi up lagi.. di Batam banyak toko atau dalam bahasa yang biasa kita guna Mall.. Mall ni semua ada jual baju-baju ala2 macam di Holiday Plaza kat JB.. tapi designnya ok2 aje.. tak boleh nak dibanggakan.. huu tapi ada satu kawasan yang namanya Nagoya semua shop lots kat situ jual beg tiruan.. sama jugak macam di HP... terlalu banya design mata dah jadi macam tak tentu hala.. harga dalam 300-400 ribu rupiah.. huuu so dalam RM 120-150..
Bukan ini yang aku nak kupas di sini.. aku tengok semua toko-toko ni dipunyai oleh orang bukan bumiputra, kebanyakkan orang local hanya bekerja sebagai Pak Wanca.. lepak-lepak tepi jalan.. dan kebanyakkan mereka kerja di badan kerajaan.. huuu tiba-tiba aku terbayangkan tanah air tercinta... ramai warga bumiputera berada di dunia kerajaan, sukar untuk mencari usahawan ataupun businessman di kalangan orang bumiputera.. huuu maka.. aku terbayangkan apa akan jadi sekiranya tanah air aku ni di pimpin oleh kaum yang satu itu.sekiranya rombakan secara besar-besaran itu dibuat.. kemana kaum-kaum bumiputera hendak bekerja dan mendapatkan rezeki?? aduhainya pun.. ishh
Tiba-tiba aku takot sendiri.. apa akan jadi sekiranya tanah air ini di miliki sepenuhnya oleh kaum itu.. dimanakah kita? di manakah mereka... huuu semoga anak cucu cicit ku akan berada di bawah lindunganNYA.. amin...begitu juga untuk kamu semua...
Till then... Assalamualaikum
ps- apa tindakan aku untuk detikan ini, adakah berdiam diri atau menukar career objective aku.. phew..kamu bagaimana?

2 comments:
Memang kaum tu banyak buat bisness.. Kaum kita pun banyak buat bisnes... Tapi nape org tak nampak?.. Mungkin skeptikal masyarakat pada sesuatu kaum tu patut berubah..
jurang pendapatan antara kaum dah cukup nampak ketara.. sebabnya kita da terlalu selesa. mungkin ada rasa nak merubah segala, tapi impak lain yang tak kita nampak pada masa ini akan timbul nanti. itu yang menakutkan.. kuasa politik saja pada kita, itu pun da kurang 2 per 3.. kita asik bertelagah sesama, mereka senyum gembira..
Post a Comment