4 February 2012
Woah.. setelah dikira sehingga ke saat ini, da ramai anak-anak aku... bertambah rezekinya untuk membela mereka semua ini... Pertambahan anak-anak yang tidak disangka-sangka.. betulah orang kata rezeki kadang-kadang datang dengan tidak disangka.. alhamdulillah.. hanya itu sahaja yang mampu aku ucapkan..mudah-mudahan mereka semua berbahagia hidup di sini :)
Shushu telah membawa isterinya berpantang dirumah saya. anak-anak dia sangat comel.. namanya semua orang berebut nak pilihkan.. ibu suggest suruh letak nama hati,jiwa, raga dan lara.. haha ni semua akibat tengok cite geng surau kat oasis tu la.. ade jiwa dan raga.. hahahah ade 4 ekor anak Shushu,, 2 ekor ikut Shushu, kaler hitam putih bertompok-tompok, sekor kaler putih semuanya, sekor lagi ikut jejak langkah abang mereka, si Tunggal, kaler hitam/kelabu.
 |
| Ibu Tunggal bersama anak-anak dia dan Shushu (2 hari selepas melahirkan) |
Seronoknya bukan main, tarikh lahir mereka ni rasanya 22 Januari 2012, sebelum CNY,woahh suke betul ibu ayah aku.. mengalahkan dapat cucu..walaupun menantu dia (bini Shushu) tu sombong giler.. tapi akhirnya dia yang angkut semua anak-anak dia pegi ke rumah kami.. hehe.. then.. ktorang da argue dengan ibu, tak bagi nama camtu kat anak-anak Shushu.. melankolik sangat nama tersebut.. maka.. akhirnya aku tukar jadi Peta - Kaler cam shushu,sebab warna bulu dia cam peta, nama omputih dia map, hahaha Polka - Sebab kaler bulu dia ada titik-titik... nama dia da memang glamer tak yah de nama english bagai, sekor lagi Putih - sebab dia memang kaler putih semua...nama glamer dia whitey and Arang - sebab dia hitam cam arang.. nama omputih dia charcoal lahh :P
Sehingga hari ni bile aku check sekor-sekor semuanya jantan.. abislah abang dan bapak dia.. huuu sure mereka ni semua akan lari sebabnya.. nanti dorang nak own kawasan mereka sendiri..huuu nak ada tapak jajahan mereka sendiri.. dan bahayalah kalau jantan semuanya..sebab kucing jantan suke kencing bersepah untuk buat tanda.. adeyh... huuu as to date semua anak-anak shushu ni baru pandai merangkak sikit-sikit.. tak boleh berenggang sikit dengan mak dia.. asiklah menangis kalau di ambil. mak dia plak garang giler.. huu mesti marah kiteorang kalau anak-anak dia yang kiteorang ambil tu menangis kuat-kuat.. huuu
Pertambahan anak lain jugak ialah ikan-ikan aku.. si Torres sakit.. lame gak dia sakit. aku nak bwak pegi clinic after cuti CNY tu..klinik tu tutup, then aku pegi kat tempat yang aku beli dia..uncle tu pun bukan pakar sangat dia kata sebab air yang aku guna tu menyebabkan dia sakit.. pastu aku usha ikan sekor lagi..pengganti Rooney aku beli sekor kaler merah.. nama dia Suarez..
Sian Torres padahal aku masukkan air filter kat office yang aku minum hari-hari kot.. huuu.. mungkin sebab air tu tak masak kot.. huuu sedeyh tengok Torres camtu aku mintak nombor phone klinik tu.. pas aku call.. doktor yang handle clinic tu pun cakap bende same.. dia kata sebab air ikan tu jadi camtu..so dia kata kene rajin tukar air.. huuu aku tambahkan lagi dengan pembacaan aku kat internet..orang yang bela ikan laga kata.. air yang dimasukkan tu kene letak anti klorin dan kene letak antibiotik agar ikan aku cepat sembuh.. huuu
Hari ni aku baru sempat nak pegi kedai ikan.. before aku sampai umah ibu kat Gelang Patah,singgah Taman Bukit Indah, aku memang perasan ada 2 kedai ikan kat situ.. so aku pusing, yes akhirnya jumpa dan aku beli antibiotik dan anti klorin tu ha.. then aku tanya kedai pertama aku pegi tu ade tak ikan laga betina.. so dia kata dia tak jual.. dia jual yang jantan je.. huuu sebab yang jantan lagi cantik dari yang betina..
So perjalananku disambung lagi and aku pegi kedai lagi satu.. bila aku sampai takde orang entertain aku sebab pekerja kat situ tengah busy..aku browse sendiri tengok ikan-ikan dan barang-barang kat situ..rupenya aku nak beli makanan dia.. aku tengok dorang tak selera sangat ngan makanan aku beli tu.. so aku beli selambak.. kononnye nak bela ikan ni sampai mati.. dushh then aku beli ikan betina sebab aku tengok Suarez asik keluarkan buih (tanda ikan laga jantan matang) so aku nak kawenkan dengan sekor ikan betina.. i choose the best dari kumpulan wanita-wanita ikan tu.. hee yang paling gemok.. huuu :P dan warna dia merah biru.. heee :)
Semasa Torres dalam treatment (sebab tu air dia kaler biru) yang merah ni la Suarez :)
Oleh kerana Suarez tu yang menggatal sebab asik buat buih-buih.. jadi aku kawenkan dia dulu dengan si betina tu.. aku panggil dia Selena Gomez.. hhahahaha sesuaikan nama Suarez dan Selena Gomez??? heee :P ada-ada je aku ni ha.. semoga mereka ada jodoh dan menghasilkan anak-anak yang ramai.. pas ni bole beli akuarium yang khas untuk mereka semua.. instead of menjadi teman aku kat office.. so mereka boleh berkeluarga kat rumah aku hendakNYA..
Untuk Torres semoga mata beliau boleh baik seperti sediakala..semoga dia cepat sembuh sebab saya akan berusaha untuk membaikkan beliau.. :)
Till Then, Assalamualaikum :)